Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Wednesday, December 25, 2013

Journey To Ipoh .


Cuti kali ni, kita pergi ipoh buat pertama kalinyaa . Pertama kali okay . hehe. Pergi pun bersebab, sb nyaaaaa nak pergi cari cincin dan pergi rumah mak ayah dia. :)

1st time pergi rumah diorang, tapi dah kali ke 3 tak silapnye jumpa mak ayah dia. hehe. Segan , kekok lagi . Entah bila nak hilang segan ngan kekok nye tuuuu . Speechless hokeyyyyy . 
Sebelum sampai macam macam dialog aku dah susun. Ah bila sampai , hilang terussssss. Kah !
Jadinye ayat ayat manis yg telah disusun , punah , berterbangan berguguran semua sekali ditambah dgn muka mengantuk aku yg penat gilos keluar dgn encik buah hati siang tu. 1st time kot aku naik moto jalan jejauh pusing pusing ipoh. 
Rasa nak tercabut pinggang pun ada. Malam tu fikir lapar je , fikir nak makan je. Hahaha. Bagus nya perangai. 

Maaf ye makcik, pakcik , saya mengantuk masa tu, dah la mengantuk lapar pulaa lalu saya mengabaikan semua orang bila makanan dah ada depan mata. hehe. Ampun , ampun . 

Gamba takde , kan dah kate fikir lapa dgn penat je masa tu sampai lupa kan semua benda. Kah!

Siang tu pepagi dalam pukul 10 lebih dah gerak keluar sb nak elak panas jee. Janji pukul 10, pukul 10.30 baru sampai. Melayu betul perangai tau. 


So isnin siang tu planning nk jumpa mak ayah dia dulu, tp diorang busy . so tu yg pergi malam. Siang jumpa anak nye dulu. hehe.
Kitorang keluar sibuk pergi cari barang barang hantaran dia je dulu. Barang aku dia cakap nanti tunggu bonus keluar baru dia g beli. So aku hanya mampu memandang barang barangan yg cecantik tu. uhuk uhuk .

So aku dah beli dah barang hantaran dia, aku beli purse and belt , parfum ngan kemeja yang aku sangat sukaaaaaaaaaaaaaaaa bila tengok dia pakai. Aummm ! 

Nanti kita beli kemeja lagi eah? Kita beli yang cutting mcm haritu tau , sayang. :)

Barang dia je dah habis banyak dah, Belum barang aku lagi tu. Haa. Lepas tu aku paksa dia pergi karoke . Hahahahaha . 
Boleh gak hilangkan stress aku untuk awal sem ni. Nyanyi je la walaupun suara tak sesedap mana kann. haa. 

ourfie ! lol


SELFiE !

Gamba hari 1st ni takde sgt. Sb memasing sibuk nak pilih barang je. 
So cincin pun dah di beli. Beli kat Tomei ke apa entah name kedai tu haha. Kakak yg serve tu comel jee, kurus pulak tu. Jeles iols. Jeles hokehhh !

"macam mana kenal dgn bakal tunang ni?"
"hehehe segan la kak nak cerita"
"ala malu2 pulak dia. Biasa lah kalau kenang mst sweet kan"
"heheheh"

Tu je la jawapan aku bg. Kakaka. Maap ah kak ! Muah! 
Kitorang balik awal kot masa tu. Belum pukul 5 dah balik dah. kakaka. Tu pun sb masing masing dah tak larat dah nak jenjalan. 

Esoknyeeee, sambung balik keluar. Bengang tak bengangnye lah , kita call dia dr pagi dia tak angkat pun. Janjinye nak kua cam semalam nye tu, last lastu pukul 11 jugak baru keluar. Masa tu bengang dah. Tak suka orang tak tepati janji ni. Hangin je. Masa dia datang pun mud dah kelaut. Keluar jugak la. Sb dah siap kan. 

Muka dia pun serba salah je masa tu. kakaka. Tau takutttt ! Dah le takde mud , anjing name lasi kat rumah bawah tu boleh pulak menyalak bukan main lg sb ade bau yg die tak kenal. 
Amboi Lasi, Amboi !

Dah tu keluar takde g mane pun, Gelabah g cari tiket nak g kelantan je. Kalau tak harini (rabu) dah g sana, tp sb tiket takde so kite g esok je lah. Naik bas malam, siang takde sape nak hantarkan . 

Kitorang sempat la g tengok Hobbit 2 . 1st time tgk wayang ngan dia. haha ! Lepas 4 tahun ni baru sekali tengok wayang ngan dia. lol. Lawak pun ada. Ni je la koleksi koleksi gambo yg di tangkap sendiri.

Jari pun dah penat nak menaipnye. jadiiii , tengok je lah okehhhhh ;)







hehe tu jela. nanti dah kenduri aku update gambar hantaran ngan pic masa bertunang :)

bye !


Saturday, December 21, 2013

Semester 5 yaw !


Semester baru dah pun bermula. Ya Allah , banyaknya dugaan yg datang kali ni. Alhamdulillah dah selesai hadapi dugaan tu semua.
Betul lah orang cakap, Allah takkan bagi dugaan kalau kite tak mampu. 

Awal sem, sengkek giler sb duit takde. Tempat berteduh takde. Tunggu result asrama pun bukan main lama. Kena buat rayuan. Alhamdulillah, syukur lagi sekali sb Allah makbulkan doa nak dapat duduk asrama tu :)

Jadinya lega lah hati mak bila anak dara dia dah dapat asrama, duduk asrama jd budak baik. hihi. 
Maka lega jugak lah hati abah, yang hari hari duk call tanye pasal tempat anak dara bongsu dia ni nk duduk. 
Paling best masa nk dinner, abah call tanya dah makan ke ? lepas 5 minit mak pulak call . hehe ! 

Selesai pasal asrama. Tekanan pulak dekat jadual. Seksanya. Kena drop sampai 3 subjek sem 5. Sb subjek pra syarat yang aku failed dulu tu. 
Sekali lagi bersyukur panjang, sb hal jadual dah setel. tak kisah lah kalau kena tambah sem lagi, janji lepas nak dapatkan diploma :)

orang kata dr kegagalan dulu tu kita bangkit jd lebih kuat, Alhamdulillah. Macam tu jugak aku :) biarlah orang caci maki , orang hina , ape ape pun orang nak cakap. Kita kena kuat ! Chaiyok chaiyok !!


Satu hal penting lagi yang belum setelkan. Majlis pertunangan aku dengan si cinta hati :)
Cincin pun belum beli hokehhh . lol . 
Jadinya next week hari isnin or selasa baru nak pergi beli cincin ngan barang hantaran utk lelaki. Sb kekangan masa takut tak sempat nak beli barang dia , aku beli awal sikit. Tapi rasenye takde la awal sangat, tinggal sebulan lebih je. :)

Dah lama gak tak jumpa buah hati tu :)

Pejam celik pejam celik, dah nak jadi tunang orang dah. hehe. 
Tema warna dah muktamad dah biru purple :)

Mini pelamin, mak andam, baju semua dah setel. Semua sewa je lah untuk hari tu nanti. Tak sabarnya nak tunggu muka berubah mase make up tu :p

Semoga nya perancangan kami berjalan lancar, takde dugaan yang berat berat lagi. 

Sayang..

Pejam celik pejam celik bulan ni dah genap 4 tahun kita kenal :) 
sekejap je kan rasa ? Tetiba tahun depan nak bertunang dah ! hihi
Tahun depan masuk tahun ke 5 kita. Lari la planning kita dulu nak bertunang masa sem 4 merangkap tahun ke 4 kita bercinta . kakaka . takpe, janji tak lama lg nak ada ikatan dah :')

Semoga nanti, semua dugaan yang datang, kita kuat utk tempuhi . kakaka. 
I love u , Hisyam :)




Wednesday, November 6, 2013

Ragam

Semua yang kita lalui, yang baiknya datang dr ALLAH , yang buruk nya dari kita sendiri.
Dari perancangan itu jugak macam macam yang aku lalui dalam hidup, yang baik, yang buruk. Semuanya. 
 
amboi madah berhelahnya seorang hidayah . kakaka . 
Perkenalan. 
Biasa lah baru nak membesarkan, kekonon nak bercinta lah. Kalau aku tahu bercinta ni buat sakit hati, taknak aih bercinta ni. (tak, ni tipu je) . Tapi lelaki pertama yang aku kenal lepas tu aku sayang, Omey ngat ! kakaka. Comel mampos orang dia. Lepas tu satu satu orang aku kenal. Macam kat bawah tu la lebih kurang. 





Si Kacak. 
Kenali dia sebagai em nak letak apa eah nama dia em okay kita bagi nama dia okay lah kita bagi dia nama MR ARROGANT lah mcm dalam drama sikit boleh la seorang hidayah mengarut kejap dalam entry ni . kikiki .

Tak menahan nye gambau dia kakaka . engko jangan tanya eah siapa nama mamat yang aku google ni sb aku sendiri tak tahu. Dah biar aku sambung.

Jadinya Mr Arrogant ni tak pernah tegur aku dekat luar , selalu nya kalau jumpa memasing buat bangang je mcm tak kenal padahal kenal. Kosser la dia nak tegur. Nak kata baik, entah lah baik kot. Tapi sepanjang pengenalan tu Mr Arrogant ni yang nampak mcm jenis playboy. jadi kita tak mo lah playboy kita pun abaikan dia eh babai la kita nak cari yang setia (macam la setia sangat kakaka)




Si King Control




Yang ni lagi haru hidup engko.. Kalau topup rm 5 setiap satu sen lepas aku kata aku baru topup rm 5 tu dia kira. kalau aku punya kredit habis, dia persoal la kenapa kredit aku habis cepat. Padahal aku topup sendiri . Entah kenapa spesis ni ada pun aku tak tau la, macam la kredit aku khas utk ko je anat. kredit aku lantak aku laa.

Buat apa je pun nak kena bagi tahu, kalau tidur tak bg tahu pun isu. Kalau ada kawan lelaki pun , isu. Eh dia ingat aku hidup dalam dunia penuh dengan perempuan ke hak alah. Paling bangang tu lah nak berak pun kena bagi tahu kalau tak merajuk . Nak tengok ke orang berak ? ke nak dengar bunyik taik jatuh dlm lubang jamban baru percaya pun entah laa .

Si Sweet Talker


Jadi aku le perempuan paling cantik comel sopan kat mata dia. Amboi ayat ayat dia semua manis bak gula . rerupanya semua perempuan dia try kot ada yang sangkut dia jd la kan makwe , kalau tak dia blah la mengayat perempuan lain pulak . 

Amboi jilaka betul perangai. Jadi berbekal kan ayat ayat manis dia lah dia cuba mengayat aku . tapi sorry la ai taknak ayat manis yu tu okeh, SEDIHH! Manis sangat ayat tu takut termakan diri pula tak begitu ke. Aku pun sweet talker jugak tapi takde lah semua orang aku sweet kan semua talker2 aku. eh amboi tengok ayat ni madah berhelah tau . haa . 



Si "berserah pada takdir"



Bukan nak suruh tolak takdir tu. tapi kan semua apa yang kita buat tu kena ada usaha. Jadi awak kalau nak kan saya, awak kena berusaha. Bukan nye awak kabo kat saya gini,
"Takpe lah kita berserah je pada takdir" tanpa awak berusaha untuk perbaiki hal tu. Awak sendiri tahu kan, kita kena usaha, baru ALLAH tolong. Tapi sebab engko takde usaha langsung, nak tunggu datang bergolek kat lutut tu mmg tak dapek la den nak menolong eah. maap yooo .

Macam ni lah contoh dia, Awak tu gemok lepas tu awak nak kurus. Tapi awak takde la nak kurangkan kuantiti makanan ke , nak jogging ke makan fat burner ke tapi awak kabo "nanti aku kurus la ni" tapi padahal makan berkoyan koyan bagai tiada hari esok. Ha mcm tu la lebih kurang orang dia.

tu je la kot pasal lelaki lelaki yang aku pernah kenal.

Jadi nya lepas di tapis kesemua jenis ni kan, jumpa lah seorang hamba ALLAH. Setakat ni okay je la baik je perangai tak tau la esok lusa kakaka. Jadi si dia lah yang terpilih :)




Nasib baik la bakal tunang hanya ada 4 dari perangai diatas. Dia tu tak king control pun. Ah dia mcm relax je apa aku nak buat . Katenye , ALA BARU MAKWE NANTI DAH ADA IKATAN BARU LA LELEBIH SIKIT JAGA.

Tapi tu la b ayang harap b takde la ayang nak g beyak (manja kakaka) pun b sibuk nak call nak dgr betul ke tak ayang g beyak (manja dgn bakal tunang) ke tak . kakaka . tarik rambut nanti . haa .

okay lah tu je kot . babai .

Tuesday, October 29, 2013

warna ni cam comel je, emmm cam cantekk jee . emm .


eh rasa nya dah patut sibuk fikir tema warna untuk majlis tu nanti. Tapi takde la buat majlis gah gah. majlis as simple as we can jeee. kalau boleh nak jemput adik beradik dengan jiran jiran je. sedara mara pun tak nak jemput. Boleh?

Eh kepada sepupu sepapat, stalker, kengkawan kalau ade yg bace, aku jemput pun nanti tebuk2 je ye? lol.

mak baru je cakap td, 
"nak tunggu sampai bulan 1 esok, dah berpuluh warna engkau pilih agaknya"

hahaha relax lah mak, relax ! selagi baju tak jumpa selagi tu la warna dia tak fix! okay mak? hehe.

bukan apa, nanti dah sibuk nak g presentation, nak naik sem, nak study, nak bertunang. Eh ! hehe. So kita fikir lah dulu. nanti senang. 

So memula cadangnya,

 pink + kuning

lepas tu fikir anak buah nak lahir seminggu sebelum majlis, kang kena demam kuning puleksss . so terus meng-google warna lain.

next color is green. hijau putih kate nyeee. incek pakwe kate nak hijau putih, mcm warna parti politik katenyeeeeeee.

lepas tu aku balas le, 

"b buat hijau putih, ayang buat biru boleh? nampak sikit kita bersatu, kakaka"

gelak la aku buat lawak politik ni ! hak alah .

tapi aku taknak lah buat warna biru tu. haha . nak kena ada pink jugak !

so fikir punya fikir punya fikir,

kita decide nak warna mint green + pink .

mint green ni macam tiffany green je aku tengok kan. same je. entah kenapa aku nak mint green ni pun entahhhh .


gini la kot warna dia nanti. eh entah, tunggu la lagi 3 bulan . nanti aku update majlis tu pulak. okay.

lama lagi tapi takpe la, kita buat preparation awal awal sikit pasal warna . hihi 

tapi kalau ade warna cecomel tu, bg tahu la. seorang yaya sedang memerlukan. okay ?

okay lah. selamat babai :)



Monday, October 28, 2013

surat kepada yg tak membaca.



Kau sihat tak ? Aku dengar kau tengah sibuk cari kerja sekarang ni.. Aku doakan kau dapat kerja tu.. Lama tak contact kau, ade lah rindu sikit. Nama pun kawan kan, mesti lah rindukan kawan dia. Kau tak rindu aku ke? hikhok.

Lama tak contact, lama tak jumpa. Mungkin perkenalan kita setakat ni je kot. Tapi takpe, mana tahu nanti satu hari kau tetiba rasa nak contact aku ke kan. InsyaAllah aku tak tukar number, ni je satu :)
Macam yang kau tahu, aku nak bertunang. Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah. Lagi 3 bulan. Jadi lah aku tunang orang. :)

kau bila lagi? :)

jangan sibuk dengan kerja je, jangan sibuk dgn hal dunia je tau. Luang masa sikit cari makwe. Eh jap, kau dah ade makwe ke belum pun aku tak tahu la. hahaha. Harap2 takde la! haha. 

aku tengah dengar lagu tasha manshahar ni, tajuk dia "masih perlu" . Apa kaitan? eh mana ada kaitan ! haha sb aku tengah dgr sambil nyanyi2 je aku bg tahu la. Aku kan suka bagi tahu apa aku tengah buat kat kau. Ingat tak?

Kau dengan aku rapat, mesra. Kalau orang taktahu, orang ingat kita ada skandal. LOL . padahal aku dgn kau cuma kawan rapat je kan? :) 

Seronok kalau on call dgn kau, aku mst senyum. kau taknampak pun aku senyum. hehe. Kalau kau jumpa aku pun, kebanyakannya aku senyumkan? harap2 kau rindu la senyuman aku. manis kan? rindu please ! hahaha .

ada satu hari aku jumpa kau, aku tak pandang langsung pun kau. Aku pandang tepi je. Sb masa tu aku letih, kau sibuk nak jumpa gak. Haha. Penat la ! sibuk je nak tengok muke aku yg comel ni :p

masa tu kau tanya, 

"demam ke?"
"tak punnnn, letih laaa. orang letih nak jumpa jugakkkk. mengantukkkk"

Kau diam je masa tu, senyum lepas tu pandang depan. Kuang ajaaa . Aku ngantuk tauuuu. tak sian ke?
tapi aku lagi kesian kat kau. Aku teringat masa aku suruh kau amek kertas math kat rumah aku, kau datang tp aku tidur, banyak kali kau ping, kau call. Aku tak dengar. haha sorry !

eh lama nya tak jumpa kau, dekat setahun dah. lameeee . last aku call masa birthday aku. Seronok call kau. hahaha. masa tu pun kau cakap,

"cakap call pun suara happy je, kenapa? rindu aku ke?"

hahaha, aku cakap je la,

"a'ah la rindu awaaa cangattttt!"

hahaha. 

aku harap kau rindu aku la, ade jugak sb nak jumpa, tak putus kawan dgn kau. :)

tapi tu lah, kalau kau ingat or nak kawan lagi dgn aku, mst kau dah contact aku kan? tapi takde pun.. sedih :((

takpe lah, aku tetap anggap kau kawan aku, kawan yg selalu buat aku happy.

kau cari kehidupan kau, aku cari kehidupan aku. Semoga satu hari nanti aku jumpa kau lagi, insyaAllah. 

kau tak baca pun blog ni, aku tahu. takpe. ni je cara aku nak hilangkan rindu kat kau. walaupun tak hilang. hahaha. 

nanti malam malam aku datang dalam mimpi kau , kacau kau! hehe.

okay lah. tu je. Banyak lagi nak type, banyak lagi hati nak dijaga. haha. 

miss u Mr. Big Guy :)



Sunday, October 13, 2013

List Barang Hantaran : Marilah Kita Berangan !

    Al-kisah, seorang gadis sedang merancang untuk hari bahagia. Ceh wah. Mcm nak kawen pulak. Takde la , kita nak berangan je ni. Standard lah berangan nak apa masa majlis sendirikan. 
Disebabkan tahun tahun sudah, aku banyak jugak lah bertungkus lumus buat hantaran 3 orang kakak, so majlis aku nanti, diorang lah kena sumbang pulak tenaga. Nak mengelak? ah tau dahh. Lantak engko la, janji aku bertunang nt. :'>
Lagi pulak nak dekat kenduri tu aku dekat tempat belajar, jd segala proses akan diuruskan oleh mereka mereka yg terbabit.
So.. apa yg aku nak buat masa bertunang nt? eh entah , bertunang tak bg barang sgt kot. Sb GUA MANA ADA DUIT NAK BELI BARAN MAHAL MAHAL ! . ha kenn . so kita beli yg bajet2 je harga dia. :'>


bajet yang insyaALLAH ada tu, maybe dalam seribu untuk beli barang dan gubahan. Mana dapat duit? eh ada lah rahsia . hiks.

jadinya sb nk jimat sangat, ni je mampu (insyaALLAH) nak diberi ke pihak lelaki itewww. 

1. Sireh junjung.
2. Buah-buahan.
3. Kek / cupcake.
4. Baju nikah
5. Facial care
6. Wallet ngan belt 
7. perfume maybe kasut maybe ha suruh mak buat kek ikan mak tu . emmdap! 

Cukup lah tu kot. Nak mahal2 nanti kawen ayang bg, ni ayg takde bajet yg cukup lg ye incek pakwe. 

Tema? hmmm takde warna tema utk majlis tu nanti. Belum dapat lagi tema dia. Sedih amat! semua kale kakak2 dah guna. Abes adik dia ni dapat sisa sisa je kale :'<

Mak suruh buat warna BIRU . tp hati nak buat warna KUNING + PINK. Biru pink pun lawa. Merah pun lawa. Eh! semua warna lah lawa. 

Mak andam dah tempah dah utk majlis tu, tempah awal awal sb nt time tu org cuti sekolah, ramai nak rebut mak andam. Mak andam biasa yg make upkan kitorang adik beradik tu dah takboleh nak selit selit masukkan seorang hidayah dalam jadual dia. So kita guna mak andam lain je .

Suka ah nak tempah mak andam bila pun. Jeles kenapa?  *jeling*

tengok doodle pun curi kat google . kesah ? tak buang watermark pun. nampak kan jujur dia :'>



Ha lagi satu. Baju masa kenduri. hmm hmm . baju masih samar samar je. ade aku recycle baju baju raya je nanti. Susah nau. 

Tapi dapat berita lak yang bakal-emak-mertua nak belikan baju. hikhikhik. 

So nanti kalau semua dah siap, aku update lagi pasal barang barang tu. 

XOXO . Publish! 

eh acah acah lisa surihani pulekssss . okay bye . 

Tuesday, October 8, 2013

KiSAH



Pada suatu malam yang tak berapa nak sejuk , seorang hidayah sedang duduk dihadapan laptop. Lalu tiba tiba jari jemarinya menari nari di keyboard . 

Ish. Malam ni saja nak update sikit buat sesi luahan perasaan. Perasaan? Ha lah perasaan! 

Tengah serabut ni report tak siap lagi. Semua sb malas nak buat lah!


Cukup tak aku nak gambar kan tahap malas tu? Tak cukup lantak engkorang la. Aku malas ni. Tahu tak malas. 
Dah. Senyap. Bagi aku menaip dgn aman.

Sebagai pelajar praktikal yg takde kerja nak buat, tahap kemalasan tu makin bercambah. Lagi berapa minggu je nak habis praktikal yg mcm tak praktikal ni, aku harap aku lulus dgn cemerlang praktikal yg satu ape pun aku tak buat ni.

Ya ALLAH , tingginya angan angan iols ! :')

Selain malas aku jugak kuat makan sepanjang praktikal yg menyebabkan berat bertambah berkilo kilo. 
Punca dia sb duduk dgn mak, makan pun cukup. Duduk kat tempat belajar, makan kena sukat sukat. Takut duit tak cukup. Seksa nya masa duduk jauh dgn mak :(

Nak expose gamba masa kurus ke gemuk ke ? Takmo takmo takmo. 





Tu lah engko, masa berat empat puluh lima kilo gram dulu tak nak cuba maintain. Ni dah cecah 50 engkau meroyan. 

Nak kurus sikit je lagi :(

Apa ? engkau ingat aku nak cerita pasal kau ke dalam blog aku ni? eh KOSSER !  ada hati nak duduk dalam blog aku. Sempit tahu tak.

Dah lah . Ape entah nak type, aku dah runsing pasal report. Tapi tahap malas dia tu tak dapat dibendung.
bye. Muah sikit ! 

Wednesday, October 2, 2013

Kehilangan .



Entah kenapa aku betul betul rasa kehilangan. Walaupun dia cuma seekor kucing kecik yg kena tinggal dgn mak dia . Kucing kecik yg along kutip kat CC , bawak balik rumah. Seronok bila balik ade nampak anak kucing. Eksaited habis aku masa tu. 

Aku amek dia peluk cium . Aku bagi dia makan. Aku usap usap dia. Hampir sebulan jugak dia lah yg selalu hilangkan bosan aku. Dia gigit, dia cakar. Semua aku dah rasa. Manja dia dgn aku. Aku nama kan dia ciki. 

Bila aku pergi kerja, sebelum pergi aku akan pastikan dia dah makan. Dah buatkan susu sekali utk dia. Baru aku pergi. Mak ckp kalau aku pergi kerja dia mst tidur je. Takde bunyi mengiau sikit pun. Bile aku balik, dr garaj depan rumah lg aku dah jerit nama dia. Mak ckp masa tu baru dia bangun dan start mengiau sampai aku pun fedup. 


Ade satu haritu , die kena belasah dgn kucing kat luar rumah. Dia menyorok. Aku pergi kat dia, aku panggil le. "ciki, meh sini meh sian dia kena belasah yee". die dtg. die macam nak mengadu sb masa tu dia pandang aku sampai mengiau. Sedih gila kot masa tu!

Perangai manja dia ni sampai nak berak pun org nak hantar kat pasir. Siap ada anak patung kecik aku bg kat dia suruh buat main. Aku bukan apa, aku kesian je kat dia tu. Sekor2 je bosan jugak. Tu yg keje nak gigit kaki ngan tangan orang dalam rumah ni.


Manja dia ni. Dah macam sebahagian dr hidup aku dah. Entah kenapa aku sayang sgt kat dia. Istimewa betul dia dr kucing2 lain yg pernah kam kutip bawak balik rumah. Hari isnin haritu. Aku demam. Dia pun sakit. Kesian dia. Dia taknak masuk dalam rumah. tapi aku tak syak ape2 pun. Ingat demam biasa je.

Haritu jugak dia pandai keluar pergi berak sendiri. Sengih lebau la aku takyah nak bawak dia g kat pasir lagi. Dia bawak diri dia duk kat luar rumah je. Risau gak aku. demam2 pun aku gagahkan nak g cari dia, bg makan semua. Tp die xnk. 


Petang tu die sakit teruk. mak suruh simpan kat tempat dia. Aku kesian kat dia, sb dia tak makan lg. Aku tgk dia betul2 dah tak larat. tp aku bawak gak masuk dlm rumah. Die muntah. lepas tu abah simpan kat tempat dia balik. Malam tu aku bg dia makan lg walaupun aku tahu die taknak. Aku buat mangkuk pakai kertas, aku pesan kat dia. "ciki makan tau. nanti lapar. makan tau sayang" . tapi dia alihkan muka dia dr aku. sedih gila kot masa tu! aku simpan dia balik. 

Pagi esok nya, mak kejut aku. Mak kata ciki dah mati. Aku diam lg sb mamai. Lepas tu aku bangun. Aku g tgk dia. Sian sgt dia. Badan sejuk, keras dah. Entah kenapa aku menangis tgk dia mati. Tp dalam masa yg sama , aku tgk nasi yg aku letak tu dah habis dia makan. Tapi sedih tak leh cakap lah.

Nangis nangis aku call pakwe yg tgh membute tu. Dia pun terkedu agaknya dgr aku nangis cakap ciki aku mati. Dia cuba nak pujuk tp xley laaaa . aku sedih gila kot! 


Takpe lah ciki. Aku dah jaga kau. Dah kau makan , dah sayang kau . tapi kau dah mati nk buat mcm mana. Duduk le dalam syurga tu tau sayang. Sayang kau sgt :(
Ikut hati aku nak je aku kejut kau sampai kau bangun . tp kau mati jugak . entah. aku sayang kau ciki. sayang sgt. walaupun kau cuma seekor kucing.. aku sayang kau sangat...




Cakap la ape pun, aku sayang ciki ni sangat, sampai aku rasa down gila dia takde...




Monday, September 23, 2013

Rindu.



normal lah rindu tu. tapi kali ni. rindu tu dalam sangat utk org yg pernah ada dalam hidup ni. bukan nye rindu sbg kekasih . tp rindukan nasihat dan segala kata kata lembut dia yg selalu menyapa di telinga bila aku degil, bila aku jatuh. Aku rindu.

Sb antara orang yg boleh faham aku, dia. Ya. Dia. Siapa dia? Seseorang yg pernah ada. Aku rindu. Tapi aku tak berjaya kesan dia kat mana. Aku cuba kesan kat mana dia berada. Tapi usaha aku sia sia. Aku cuma mampu kirim kan Al-Fatihah. Semoga dia turut rasa rindu yg aku rasa sekarang ni.

Aku nak dgr suara dia lagi. Nak dgr nasihat dia lagi. Nak dengarkan suara dia. Suara dia. Itu antara yg aku paling rindu. Dia ada dgn aku sebelum ada nya cinta aku yg sekarang. Walaupun aku cuba buang dia jauh. Aku gagal. Aku gagal nak buang dia sbg seorang kawan.

Masa aku jatuh. Masa orang yang aku sayang sendiri tinggalkan aku tanpa pesan. Dia yg selalu ada. Selalu. 
Dia yg selalu dgr semua kesedihan aku. Segala luahan hati aku. Aku cuba nak dengar suara dia lagi. Tapi aku taktahu macam mana lagi nak cuba dapatkan semua tu. Aku sms. Aku call. Tapi takde jawapan. 

Kau kat mana? Aku perlukan nasihat kau. Kau! Aku terima yg kau dah pergi jauh dr aku. Yang kau dah buang aku jauh dr hidup kau. Sb kau kata, aku akan dapat yg lagi baik. Betul. Lepas kau pergi , aku jumpa lg baik. Alhamdulillah. Tapi aku tetap rindukan kau. 

Aku nak dgr pendapat kau. Sb aku nak melangkah ke satu alam lain dalam perhubungan. Aku perlukan tiupan semangat dari kau. Kau kat mana? Aku rindu. Walaupun kau cuma sejarah dalam hidup aku, bg aku kau lah yg terbaik. Yg terbaik yg aku pernah ada. Yg tergebu yg ada.

Aku cuma rindukan kau. Tak lebih dr tu. Bila kau nak balas sms aku? Aku harap kau mimpikan aku. Biar kau sentiasa ingat siapa aku dulu. Tak. Aku tak suruh kau ada perasaan balik kat aku pun. Tak kuasa !


Padamkan lah rindu aku ni guna liquid paper. Sb kau taknak muncul nak dgr aku membebel lagi kan? ah. abaikan. Aku harap bila aku jemput kau ke majlis aku, kau akan hadir.

Thursday, September 12, 2013

Berita Gembira.


Wah, lamenye iols tak hapdet belog iols ni . Dah bersawang sawang dah. Hehe. So ape berita gembira tu?
Berita dia sangat sangat lah gembirakan hari aku sendiri, sebab incek pakwe nak beralih ke stage berikutnya , iaitu , jengjengjengg . BERTUNANG. Weee . hehe .



Gila tak happy? haha . Lame dah tunggu tau, bertahun jugak lah. Akhirnya.... hehehe. So planning awal kitorang dalam bulan february 2014 lah. Awal bulan, maybe dalam 1hb feb 2104 . Doa doakan kami ea ! 

Mak cakap, bertunang ni dugaan die besar, banyak. kadang2 sebelum bertunang pun ada dugaan dia. Dan.......... dugaan sebelum bertunang tu dah pun menunjukkan dirinya..

Wahai kisah kisah cinta yg lalu , move on lah. Jangan lah nak ganggu kami. Tp selalunya yg tak reti nak move on ni bukan lelaki , perempuan. Selalunya lah.. Dan dugaan tu pun dtg dr hamba ALLAH yg tak move on pd Feb 2103 yg lalu. Tp aku baru je baca ke-tidak-move-on-an si gadis itu. LOL!

Alahai ahkak , move la. Jangan lah nak rebut kesayangan sy tu! Kan ramai lagi jejaka yg ada. Ahkak hentikanlah jd stalker hubungan kami ni , lepas tu ahkak rentikan lah meroyan tak tentu hala kat inbox sy . Harap2 ahkak dah move on lah yer. 

Jadi lupakan pasal gadis yg tak move on tu. Oh ya sebelum tu, Tak kisah lah kalau awak dgn dia dulu drpd sy pun, yg penting sekarang dia nak jd bakal tunang saya , dan bakal suami saya dah pungg. 
Jangan lah buat sy naik hangin. hiks.

Hmm, masa pun lama lg kan. Tp aku tgh memikirkan tema yg sesuai utk majlis tu nanti. Confuse ah nak pakai kaler ape mase tu nt. ingat nak warna merah. Tp....... eh semua kaler lawa aihh! 

Nampak pelamin mini yg tu nak , yg ni nak . Baju tu nak , baju ni nak . Argghhh .

ni antara yg aku nak tu . hehe .







semua aku gugel . hehehe . 
tapi apa apa pun,
Doakan kami ye :)

Monday, August 26, 2013

Keliru






Hati. 

Bilalah agak nya engkau nak berhenti kelirukan aku ? Selalu sangat kau kelirukan aku dalam membuat sesuatu keputusan yg besar. Apa lagi yang kau nak ? Selalu je aku turutkan hati. Kau terbiasa? Kau kena biasakan jugak bila aku bantah apa engkau nak. Kau kena tahu, ikut hati selalu , mati ! Kenapa bila kau setuju dengan keputusan aku, tiba tiba satu ketika kau bantah secara tiba tiba? Kenapa kau memberontak? Aku ada hak memilih apa yang aku mahu. Sudah lah hati. Kau hentikanlah buat aku keliru. Sampai bila aku kena keliru disebabkan kau? Mengalahlah. 

Akal.

Kenapa engkau selalu sahaja buat hati gundah gelana? Kau mampu mengawal hati! Kau lebih besar kuasa dari hati. Hati cuma nafsu. Kau? Kau pula sesuatu yang amat penting untuk aku! Tanpa kau, aku dipijak pijak! Bila aku cuma hentikan kau, semua akan menjadi HURU HARA. Kau penting untuk aku. Tapi kenapa kau juga buat aku keliru? Kau boleh tolong aku berfikir tanpa menggunakan hati. Sama ada jadi kejam atau jadi sebaik baik manusia. Jadi dalam kehidupan aku yg sekali ini, aku cuba buat kau jd sempurna walau aku sedar aku tak mampu. Aku gagahkan jugak asah kau untuk jd yg terbaik untuk banggakan semua. Walaupun usaha aku tak berjaya mana , aku cuma nak kau hentikan dari buat aku keliru.

Fikiran. 

Apa yg kau nak aku buat? Memikirkan semua tiap masa? Aku banyak benda nak kena buat. Bukan satu masalah aku, banyak! Kenapa kau selalu melayang memikirkan yg tak patut? tolonglah. Aku nak guna kau untuk perkara penting. 

Nafsu. 

Kau yg paling susah sekali nak dikawal. Kau hanya mampu dikawal oleh rasa malu. Terima kasih kerana aku masih punya perasaan malu utk mengawal kau. Cuma yg aku gagal, mengawal kau dr mengelirukan aku tentang perkara penting yg patut aku lakukan. 

Hidayah !

Kenapa kau gagal kawal hati , kawal akal , kawal fikiran , kawal nafsu ? Semua terletak kat diri kau. Kawal lah! Kau tuan , kau pemilik kedua . Kau mampu kawal tapi kau lemah. Kau ikutkan hati, kau tak gunakan akal , kau biarkan fikiran kau melayang layang dan kau biarkan nafsu cuba mengambil alih akal kau! Kau ada keputusan penting nak dibuat. Fokus. Tenangkan diri. Kawal semua. Jangan biar tak terkawal. Jangan keliru. Aku sentiasa dibelakang kau , sb kau adalah aku dan aku adalah kau. 

Semoga aku mampu gunakan akal sepenuhnya untuk buat keputusan yang besar tu. Amin. 





Saturday, August 24, 2013

Happy Birthday To Me !


Yeay its 23rd August 2013 ! My 20th birthday . Yeay i'm officially 20 ! yeay..



Perasaan bertukar umur jd 20 ? Aaaaaa . Its the same as usual . lalala  . birthday aku tetiap tahun pun same je . Orang wish kat fb (thank you facebook for reminding them about it) , kat twitter , msj , whatsapp . blablabla . As usual , its a bored birthday . 

So kenapa bosan nokharomsnya birthday aku ni tetiap tahun pun aku xtau kenapa . Nak kata eksaited tunggu birthday takde pun kali ni . Maybe its not important at all .

"i'm too tired , i forgot its your birthday"

LOL ! 

Terima kasih yg wish birthday aku tu . Meh ium kit :* . Yg mane mane insan penting tp xwish tu takpe lah , aku anggap engko sibuk je sampai lupe birthday aku . Yeay i'm so positive . Well , i'm 20 now . LOL !

Every year pun takde birthday cake , yeay i'm okay with it . Every year pun buah hati lupa nak wish selagi tak call . Yeay , i'm used with it . ahhhh babi la tipu je . sedih la giler . buat buat okay je ni . 
1st person yg wish , ALLAHAM ! yeay thank you awak , wish dulu dr semua orang . wiwiwi . 
thank you jd kawan sy dr sem 1 sampai sem 4 ni . wiwiwi . Love u BESTFRIEND !
nak cilok gamba dak am kat fb nak letak kat blog , gamba dgn dia semua dah hilang . wuwuwu cedihh .


Ha ni name die Allaham . kpd makwe Allaham kalau tgk gamba dak am ni dalam blog aku , hai sorry okay boyfriend kau , kawan baik aku ! wiwiwiwi . 
Terharu la bile kol 12 malam tu die yg wish dulu .hihihii . terharunyewwww .



Sb awak special so awak boleh la masuk dalam blog sy ni Allaham . Hahaha . 
Pakwe punya wish mana ? eh ada . Cuma lambat lah . So birthday girl pun merajuk laa . wiwiwi .

Tau gelabah makwe merajuk . Haa . Gua punya merajuk lain mcm sikit tauu . So dia pun wish la , kat whatsapp , kat facebook . Call aku tak angkat , ye la merajuk le katekann . wiwiwi .




wiwiwi . Tau takot . For those yg aku tak letak wish dia dlm ni jgn lew merajuk okayy . sayang juga ke kamu semua . Meh ium cikit :* . 

terima kasih . walau kita semua berjauhan , terima kasih sb wish . love ya !




okay tu je la . Ngantuk ni . wiwiw . tenkie uolss . muah !







 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.