Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Tuesday, January 21, 2014

Counting The Date : 01 02 2014

Alhamdulillah , masa Maulidur Rasul haritu keluar lah seorang lagi Hamba Allah yg comel seberat 2.96 kg yang diberi nama Wan Muhammad Irfan bin Wan Mohd Afnan. Yang juga merangkap cucu kedua dalam keluarga pakcik Mohktar .

Meriah la keluarga kami yang juga sedang menunggu kelahiran seorang lagi ahli dalam tempoh beberapa bulan. Tahun baru yg penuh dgn kegembiraan , InsyaAllah berkekalan.

Jadi dengan kelahirannya anak buah kedua ni, makin kopak lah mak ude mereka ini. Habis la kene paw lepas ni . habis lah. lol.

Dengan itu jugak, makin hampir lah dengan tarikh pertunangan aku dengan pasangan , MOHD HISYAM BIN ABD HAMID . 

Yeay tak zabarnyaaa !!
Semua persiapan Alhamdulillah dah siap. Ada lah sikit sikit belum siap lg. Macam sireh junjung dengan Kek belum lg di tempah. 

Mohon jasa baik mak tempah kan dan bayarkan. hehehehe. 

Nak bertunang je rasanya dekat 1.5k (barang + gubahan + baju)  jugak terbang ibarat kertas yang ditiup angin. Hihu. Rasa nak pengsan.

Gambar barang takde lah. huhu.

Jadinya memula planning nak pakai baju mak andam je. Tapi last minute tetiba tak jd sb rasa mcm nak kawen je pulak pakai baju tu. So kami decide cari baju lain laa. Pusing melaka, punya lah banyak kedai. Tapi tak jugak jumpa. Adoi mak. Stress gila rasa. Ok lepas tu pergi muar lak. G kat mall depan sekolah sains muar tu. 

Masa masuk tu kat belah bawah mcm kosong jer. Lepas tu naik je tingkat satu, tak berkelip mata. 
WOoooahhhhh banyak giler baju !! cantik mampos tahu ?!! Masa tu dah sengih je. Tapi dalam hati kalau tak jumpa gak mmg aku bako mall ni. LOL

Pusing punya pusing dgn Kak ecah, try punya try baju. Sampai la satu kedai ni, jumpa la mini kurung. Tapi die warna purple kang lari tema lak ngan pakwe tu. baju dia mmg cun habis lah. Color block kan, perghh mmg tiptop. Harga pun tiptop gak la utk student cam aku ni.

So aku cuba je dulu baju tu dan decide nak pusing2 takut menyesal dikemudian hari tidak lah bergunanya. kah! 

Pusing punya pusing sampai dah pening dah kat mana je yg belum dipusing, mata aku tertarik kat satu baju warna baby blue + white yg sangaaaaaat sweet. Harga nya pun sweet gak. Tawar punya tawar punya tawar dapat lah kurang. Bila dia dah kurang kan harga tu, terus pergi try kat fitting room die. 

Dah siap sarung, tengok cermin , aaaaaa cantiknya baju tuuu. Baju tu je lah, aku tak. hmm hmm.
baju tu tak ketat, tak longgar sgt. Sedang elok lah dipakai oleh seorang hidayah yg 49kg ini. 
Walaupun harga baju tu dah lebih dr bajet, sb kan mahu , terpaksa ku korbankan juaaa duit didalam akaun yg tinggal  . 

Walaupun aku rasa korang dah boleh agak baju ni rupe dia cemana , aku tetap nak upload sipi sipi gini je gamba die. Nanti masa kenduri aku upload lagi full dah siap pakai hikhikhik. Yang biru full tu bukan kain tapi shawl half moon kosong je utk padankan dgn baju ;)

Jadi hati dha tersangat puas dan tidak langsung menyesal lepas beli baju ni. Nampak yg lain pun relax je tak pandang. kakaka. Ni mmg pakej baju raya je la ni. sah sah kalau muat lagi , terus buat nikah je ! kakaka. JImat tak jimat tak ? lol

Jadinya dah pasti la tema pada hari yang demikian adalah biru purple sb hantaran aku lebih purple warna nya. So kalau nak datang tu , datang la . tapi jangan pakai biru hokeh . pakai la pepel atau kale lain. 

Paling penting takyah la lawa lawa sgt sb haritu orang nak tgk aku bukan korang :p 

hahaha ampunn ampunn :p

Jadi kepada kengkawan yg mengenali dan sudi nak dtg rumah tu, jemput datang 1 february 2014 nanti. Buat kecil kecilan saje. Harap sudi la datang ye . Tak datang pun xpe, aku faham ;)

Entry kali ni pasal ni je la kot. haha. 

Doakan majlis pertunangan kami berjalan lancar dan diberkati. Aminn ;)

Wednesday, January 1, 2014

Hisyam.

Malam Tahun Baru 2014.
Aku macam biasa duduk kat bilik je la malam malam tahun baru macam ni. Nak pergi mana kan? Duduk je lah rumah. Dan seperti malam malam biasa, texting dengan incek pakwe. hehe
Musibah tu perkara biasa. Dugaan dari Allah utk kita.
“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” 

Dugaan yang diberi kepada kita, adalah mengikut kemampuan kita. Allah tidak akan menguji HambaNya jika kita tidak mampu. 
Jadi Al-kisah nya, incek pakwe sedang memerlukan kata-kata semangat. Kecewa betul dia, bila bonus kena potong, gaji tak naik. Katanya duit tu semua dia nak guna untuk beli barang hantaran untuk aku. 
Alahai sayang, takpe lah. Kita beli mana yang mampu je. Nanti dah ada duit, baru beli apa yang nak beli untuk ayang tu ye. 
Soalan demi soalan keluar. Kenapa aku sayangkan dia, kenapa aku terima dia. Yang pasti nya jawapan aku satu. Aku sayangkan kau, sayang sangat. 
Jadinya, izinkan aku bahasakan "aku dan kau" kpd buah hati supaya tak nampak annoying . hehe.

Hisyam.




Kau selama ni cukup banyak jd semangat bila aku hilang tempat mengadu. Bila aku sesat, takde sape nak bimbing, kau selalu ada. Selain dr keluarga aku sendiri. 
Kau selama ni dah jadi abang, kawan baik, musuh, dan juga kekasih aku. Kau cukup banyak lindungi aku. Aku rasa selamat dgn kau. 

Walaupun selama ni aku buat salah dgn kau, kau tak pernah tengking aku. Dah 4 tahun . Jarang sekali kau marah aku. Kau sabar betul. 

Takpernah aku pandang harta kau. Dari dulu. kalau betul aku nak yg berharta , mesti dah lama aku cari. Tapi aku taknak pandang semua tu. dulu masa tak matang memanglah, nak yg kaya la, ada kereta la. Sekarang aku dah pandai fikir lebih matang. hehe. 

Tak pernah gak aku pertikai soal rupa paras. Kau cukup dah kat mata aku. Cukup selesa aku pandang kau. Cakap cakap orang, aku dah bosan nak dgr. Teruskan lah bercakap. Mulut orang. 

Kalau pun kau takde harta mcm orang lain. Takpe. Harta tu nanti kita cari lah. Jangan bebankan diri tu. Sikit sikit. Nanti lama lama banyak. Takpe sayang.

Lagi banyak orang aku kenal, lagi aku tahu yg mana satu nk aku jd kan teman. Yang mana betul ikhlas, atau hanya nak mengambil kesempatan. Terima kasih sb kau selalu bagi aku peluang utk kenal orang yang ada atas muka bumi ni.

Baru semalam kau mengadu kau sedih. Lepas 4 tahun, berapa kali je aku dgr kau mengadu. Yang bila kau sangat kecewa. Nada, ayat kau. Mmg kau sgt kecewa. Kau tanya aku, aku tak sedih ke bila kau sedih? Aku jawablah. 

"tak. kenapa dua2 perlu sedih? kau sedihlah. Aku nak jd semangat kau"

Selama ni kau jd semangat aku. Biar kali ni, aku jd semangat kau. Walaupun aku tak tahu nak buat kesedihan kau kurang, aku harap bila aku buat kau selesa, tu dah boleh membantu.

Sabar ye sayang. Dalam tempoh 2 tahun lagi, nt jd lah yg halal. hehehehehe (gelak gatal) . 
Lepas ni, dalam tempoh sebulan lagi, kita lalui dulu fasa pertunangan. Mungkin lagi banyak dugaan yg dtg. Risau! tapi kena hadapi jugak. 

Keluarga tak putus putus bg semangat. Utk lalui fasa ke 2 ni. Fasa pertama dah pasti yg 4 tahun ni laa. haha! Dah macam macam benda jd. Akhirnya kata kata kau yg dulu tu, betul betul jd kenyataan. InsyaAllah.

Sekarang pun dah ade dugaan sikit sikit kan. Takpe, sabar. Yang penting kite selesaikan satu satu. Sabar ye sayang. Aku selalu ada utk kau, susah senang. Aku ada.
 La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin
ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim
Semoga kesedihan tu, hilang sedikit demi sedikit ye, sayang.

Aku sayang kau dan aku harap hubungan ni till jannah . Kah! apak ah ayat . lololol.

Bimbing lah aku jd lebih baik bila aku dah jd yg halal utk kau. Untuk terus jd semangat utk kau. 

Yang tercomel,
Ayang     

kakaka. 
maaf kalau engkorang yg baca ter- annoying jugak. Kessah ?! 
bye!
    



 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.