Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Monday, August 26, 2013

Keliru






Hati. 

Bilalah agak nya engkau nak berhenti kelirukan aku ? Selalu sangat kau kelirukan aku dalam membuat sesuatu keputusan yg besar. Apa lagi yang kau nak ? Selalu je aku turutkan hati. Kau terbiasa? Kau kena biasakan jugak bila aku bantah apa engkau nak. Kau kena tahu, ikut hati selalu , mati ! Kenapa bila kau setuju dengan keputusan aku, tiba tiba satu ketika kau bantah secara tiba tiba? Kenapa kau memberontak? Aku ada hak memilih apa yang aku mahu. Sudah lah hati. Kau hentikanlah buat aku keliru. Sampai bila aku kena keliru disebabkan kau? Mengalahlah. 

Akal.

Kenapa engkau selalu sahaja buat hati gundah gelana? Kau mampu mengawal hati! Kau lebih besar kuasa dari hati. Hati cuma nafsu. Kau? Kau pula sesuatu yang amat penting untuk aku! Tanpa kau, aku dipijak pijak! Bila aku cuma hentikan kau, semua akan menjadi HURU HARA. Kau penting untuk aku. Tapi kenapa kau juga buat aku keliru? Kau boleh tolong aku berfikir tanpa menggunakan hati. Sama ada jadi kejam atau jadi sebaik baik manusia. Jadi dalam kehidupan aku yg sekali ini, aku cuba buat kau jd sempurna walau aku sedar aku tak mampu. Aku gagahkan jugak asah kau untuk jd yg terbaik untuk banggakan semua. Walaupun usaha aku tak berjaya mana , aku cuma nak kau hentikan dari buat aku keliru.

Fikiran. 

Apa yg kau nak aku buat? Memikirkan semua tiap masa? Aku banyak benda nak kena buat. Bukan satu masalah aku, banyak! Kenapa kau selalu melayang memikirkan yg tak patut? tolonglah. Aku nak guna kau untuk perkara penting. 

Nafsu. 

Kau yg paling susah sekali nak dikawal. Kau hanya mampu dikawal oleh rasa malu. Terima kasih kerana aku masih punya perasaan malu utk mengawal kau. Cuma yg aku gagal, mengawal kau dr mengelirukan aku tentang perkara penting yg patut aku lakukan. 

Hidayah !

Kenapa kau gagal kawal hati , kawal akal , kawal fikiran , kawal nafsu ? Semua terletak kat diri kau. Kawal lah! Kau tuan , kau pemilik kedua . Kau mampu kawal tapi kau lemah. Kau ikutkan hati, kau tak gunakan akal , kau biarkan fikiran kau melayang layang dan kau biarkan nafsu cuba mengambil alih akal kau! Kau ada keputusan penting nak dibuat. Fokus. Tenangkan diri. Kawal semua. Jangan biar tak terkawal. Jangan keliru. Aku sentiasa dibelakang kau , sb kau adalah aku dan aku adalah kau. 

Semoga aku mampu gunakan akal sepenuhnya untuk buat keputusan yang besar tu. Amin. 





0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.