Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Wednesday, December 25, 2013

Journey To Ipoh .


Cuti kali ni, kita pergi ipoh buat pertama kalinyaa . Pertama kali okay . hehe. Pergi pun bersebab, sb nyaaaaa nak pergi cari cincin dan pergi rumah mak ayah dia. :)

1st time pergi rumah diorang, tapi dah kali ke 3 tak silapnye jumpa mak ayah dia. hehe. Segan , kekok lagi . Entah bila nak hilang segan ngan kekok nye tuuuu . Speechless hokeyyyyy . 
Sebelum sampai macam macam dialog aku dah susun. Ah bila sampai , hilang terussssss. Kah !
Jadinye ayat ayat manis yg telah disusun , punah , berterbangan berguguran semua sekali ditambah dgn muka mengantuk aku yg penat gilos keluar dgn encik buah hati siang tu. 1st time kot aku naik moto jalan jejauh pusing pusing ipoh. 
Rasa nak tercabut pinggang pun ada. Malam tu fikir lapar je , fikir nak makan je. Hahaha. Bagus nya perangai. 

Maaf ye makcik, pakcik , saya mengantuk masa tu, dah la mengantuk lapar pulaa lalu saya mengabaikan semua orang bila makanan dah ada depan mata. hehe. Ampun , ampun . 

Gamba takde , kan dah kate fikir lapa dgn penat je masa tu sampai lupa kan semua benda. Kah!

Siang tu pepagi dalam pukul 10 lebih dah gerak keluar sb nak elak panas jee. Janji pukul 10, pukul 10.30 baru sampai. Melayu betul perangai tau. 


So isnin siang tu planning nk jumpa mak ayah dia dulu, tp diorang busy . so tu yg pergi malam. Siang jumpa anak nye dulu. hehe.
Kitorang keluar sibuk pergi cari barang barang hantaran dia je dulu. Barang aku dia cakap nanti tunggu bonus keluar baru dia g beli. So aku hanya mampu memandang barang barangan yg cecantik tu. uhuk uhuk .

So aku dah beli dah barang hantaran dia, aku beli purse and belt , parfum ngan kemeja yang aku sangat sukaaaaaaaaaaaaaaaa bila tengok dia pakai. Aummm ! 

Nanti kita beli kemeja lagi eah? Kita beli yang cutting mcm haritu tau , sayang. :)

Barang dia je dah habis banyak dah, Belum barang aku lagi tu. Haa. Lepas tu aku paksa dia pergi karoke . Hahahahaha . 
Boleh gak hilangkan stress aku untuk awal sem ni. Nyanyi je la walaupun suara tak sesedap mana kann. haa. 

ourfie ! lol


SELFiE !

Gamba hari 1st ni takde sgt. Sb memasing sibuk nak pilih barang je. 
So cincin pun dah di beli. Beli kat Tomei ke apa entah name kedai tu haha. Kakak yg serve tu comel jee, kurus pulak tu. Jeles iols. Jeles hokehhh !

"macam mana kenal dgn bakal tunang ni?"
"hehehe segan la kak nak cerita"
"ala malu2 pulak dia. Biasa lah kalau kenang mst sweet kan"
"heheheh"

Tu je la jawapan aku bg. Kakaka. Maap ah kak ! Muah! 
Kitorang balik awal kot masa tu. Belum pukul 5 dah balik dah. kakaka. Tu pun sb masing masing dah tak larat dah nak jenjalan. 

Esoknyeeee, sambung balik keluar. Bengang tak bengangnye lah , kita call dia dr pagi dia tak angkat pun. Janjinye nak kua cam semalam nye tu, last lastu pukul 11 jugak baru keluar. Masa tu bengang dah. Tak suka orang tak tepati janji ni. Hangin je. Masa dia datang pun mud dah kelaut. Keluar jugak la. Sb dah siap kan. 

Muka dia pun serba salah je masa tu. kakaka. Tau takutttt ! Dah le takde mud , anjing name lasi kat rumah bawah tu boleh pulak menyalak bukan main lg sb ade bau yg die tak kenal. 
Amboi Lasi, Amboi !

Dah tu keluar takde g mane pun, Gelabah g cari tiket nak g kelantan je. Kalau tak harini (rabu) dah g sana, tp sb tiket takde so kite g esok je lah. Naik bas malam, siang takde sape nak hantarkan . 

Kitorang sempat la g tengok Hobbit 2 . 1st time tgk wayang ngan dia. haha ! Lepas 4 tahun ni baru sekali tengok wayang ngan dia. lol. Lawak pun ada. Ni je la koleksi koleksi gambo yg di tangkap sendiri.

Jari pun dah penat nak menaipnye. jadiiii , tengok je lah okehhhhh ;)







hehe tu jela. nanti dah kenduri aku update gambar hantaran ngan pic masa bertunang :)

bye !


0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.