Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Wednesday, July 17, 2013

DARi Si ANAK DARA

selamat berpuasa semuanya . so aku harap , korang puasa penuh la yer tahun ni . hihi .
entry kali ni takde la ape sangat pun . cuma sesaje nak menaip , jari ni nak menari nari pulak .
hihihi .

Confuse.
Jodoh kita Allah dah tetapkan dr kita dalam kandungan ibu lagi kan ? Jodoh jugak tak mengira umur . Kalau Allah dah tetapkan pada waktu sekian sekian kita berkahwin , sama ada lambat atau pun cepat kita tetap akan berkahwin. Tapi mentaliti masyarakat sekarang ni sangat sangat tak tau la aku nak kabo kan cemana. Haha. 
kawen lambat nanti mst org ckp , "Eh lambat nya kawen , nasib baik xjadi anak dara tua"
kalau cepat sangat kawen pun , mst ade je mulut nak mengata . "dah gatal lah tu nak kawen"
kalau tak kawen ? haaa lagi  lah orang mengata . "ish dah umur berapa tak kawen lg ni? nk jd anak dara tua ke?"
Mulut manusia ni memang tak boleh nak tutup , kan ? so kat sini aku tersangatlah confuse dgn manusia manusia yg kalau orang nak kawen pun mengata , tak kawen pun mengata. Ish3.
wahai pembace sekalian . ceh wah , hahaha .
kenapa persoal jodoh seseorang ? cepat atau lambat , sudah ditakdirkan ALLAH . tolak takdir ke kak oi?
Yg dah kawen tu , okay lah . Jodoh dah sampai . Tp kekadang yg dah kawen ni pun mcm tak suka org lain nak kawen muda muda . hahaha . kenapa ? sb dulu kawen lambat ke ? kikiki .
Terdengar.
serious lah , kenapa mesti dipersoal jodoh seseorang. Ada satu hari tu aku g beli air untuk berbuka kat kedai . Lepas tu ada kakak tu tanya 
kakak : eh , kau ke yg kawen aritu ? 
aku     : eh bukan lah kak , kakak sy yg kawen . bukan sy .
lepas tu ada hamba ALLAH cakap ,
kalau dia kawen dulu , nampak sangat lah dia gatal .
woi, suka hati aku ah kalau nak kawen dulu dr kakak2 aku pun. hahaha. kau taknak kawen sudah lah , aku nak kawen :D . Allahu , kenapa lah mesti mcm tu. kalau aku ni gatal sangat lah , lepas SPM dulu dah suruh mak nikah kan tau . haaa. tengok . I'm 20 now and still single. Eh , maksud aku tak kawen lagi la. hihi. calon ade dah ;).
Tapi aku memang nak kawen muda muda pun , peduli ah orang nak kate ape. hihi. Cuma , maybe belum sampai jodoh . tunggu lah lagi 2,3 tahun ke aku kawen kan . doa doa la kan. haaa , nak mengata lah tu ?
meh aku cakap sikit .
SUKA HATI AKU LAH KALAU AKU NAK KAWEN TAHUN BILA PUN :D
Perancangan.

Tapi perancangan aku , maybe lepas dah ada kerja baru nak kawen kot . kot lah . kalau jodoh sampai esok lusa ke , boleh jugak. HAHAHAHA. bukan ape kan , kesian je kat buah hati tu , kekonon die target nak kawen umur 27 (sekarang 26) . tapi target tu tak kesampaian lah yerk sayang. hahaha.
Sijil kursus kawen dah ade dah , so bila bila je boleh lah nak nikah . HAHAHA . suka hati aku lah . cuba lah buang iri hati , hasad dengki yg ade tu bila orang nak kawen. maybe orang tu muda , tp kita tak tahu persediaan dia nak tempuh alam baru tu cemana kan? Don't judge a book by its cover la bak kate omputih. 
Bab2 mengata orang pasal nak kawen awal , nak jd hakim dunia ni mmg serah kat kau la kan. 
jadi nya , sampai bila nak tambah dosa sb mengata orang? hmmm. banyak nye transfer pahala kat orang kan :') . takde nak kate aku perfect pun , tp suka hati aku ah nak kawen bila :D . 
    Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.


jadi nye , disini saya sertakan . ececeh . aku sertakan link berkaitan kawin awal ini okay .


tadaaa klik lah . okay lah sampai disini sahaja . hhahaha .

Assalamualaikum :)

1 comments:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.