Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Tuesday, January 21, 2014

Counting The Date : 01 02 2014

Alhamdulillah , masa Maulidur Rasul haritu keluar lah seorang lagi Hamba Allah yg comel seberat 2.96 kg yang diberi nama Wan Muhammad Irfan bin Wan Mohd Afnan. Yang juga merangkap cucu kedua dalam keluarga pakcik Mohktar .

Meriah la keluarga kami yang juga sedang menunggu kelahiran seorang lagi ahli dalam tempoh beberapa bulan. Tahun baru yg penuh dgn kegembiraan , InsyaAllah berkekalan.

Jadi dengan kelahirannya anak buah kedua ni, makin kopak lah mak ude mereka ini. Habis la kene paw lepas ni . habis lah. lol.

Dengan itu jugak, makin hampir lah dengan tarikh pertunangan aku dengan pasangan , MOHD HISYAM BIN ABD HAMID . 

Yeay tak zabarnyaaa !!
Semua persiapan Alhamdulillah dah siap. Ada lah sikit sikit belum siap lg. Macam sireh junjung dengan Kek belum lg di tempah. 

Mohon jasa baik mak tempah kan dan bayarkan. hehehehe. 

Nak bertunang je rasanya dekat 1.5k (barang + gubahan + baju)  jugak terbang ibarat kertas yang ditiup angin. Hihu. Rasa nak pengsan.

Gambar barang takde lah. huhu.

Jadinya memula planning nak pakai baju mak andam je. Tapi last minute tetiba tak jd sb rasa mcm nak kawen je pulak pakai baju tu. So kami decide cari baju lain laa. Pusing melaka, punya lah banyak kedai. Tapi tak jugak jumpa. Adoi mak. Stress gila rasa. Ok lepas tu pergi muar lak. G kat mall depan sekolah sains muar tu. 

Masa masuk tu kat belah bawah mcm kosong jer. Lepas tu naik je tingkat satu, tak berkelip mata. 
WOoooahhhhh banyak giler baju !! cantik mampos tahu ?!! Masa tu dah sengih je. Tapi dalam hati kalau tak jumpa gak mmg aku bako mall ni. LOL

Pusing punya pusing dgn Kak ecah, try punya try baju. Sampai la satu kedai ni, jumpa la mini kurung. Tapi die warna purple kang lari tema lak ngan pakwe tu. baju dia mmg cun habis lah. Color block kan, perghh mmg tiptop. Harga pun tiptop gak la utk student cam aku ni.

So aku cuba je dulu baju tu dan decide nak pusing2 takut menyesal dikemudian hari tidak lah bergunanya. kah! 

Pusing punya pusing sampai dah pening dah kat mana je yg belum dipusing, mata aku tertarik kat satu baju warna baby blue + white yg sangaaaaaat sweet. Harga nya pun sweet gak. Tawar punya tawar punya tawar dapat lah kurang. Bila dia dah kurang kan harga tu, terus pergi try kat fitting room die. 

Dah siap sarung, tengok cermin , aaaaaa cantiknya baju tuuu. Baju tu je lah, aku tak. hmm hmm.
baju tu tak ketat, tak longgar sgt. Sedang elok lah dipakai oleh seorang hidayah yg 49kg ini. 
Walaupun harga baju tu dah lebih dr bajet, sb kan mahu , terpaksa ku korbankan juaaa duit didalam akaun yg tinggal  . 

Walaupun aku rasa korang dah boleh agak baju ni rupe dia cemana , aku tetap nak upload sipi sipi gini je gamba die. Nanti masa kenduri aku upload lagi full dah siap pakai hikhikhik. Yang biru full tu bukan kain tapi shawl half moon kosong je utk padankan dgn baju ;)

Jadi hati dha tersangat puas dan tidak langsung menyesal lepas beli baju ni. Nampak yg lain pun relax je tak pandang. kakaka. Ni mmg pakej baju raya je la ni. sah sah kalau muat lagi , terus buat nikah je ! kakaka. JImat tak jimat tak ? lol

Jadinya dah pasti la tema pada hari yang demikian adalah biru purple sb hantaran aku lebih purple warna nya. So kalau nak datang tu , datang la . tapi jangan pakai biru hokeh . pakai la pepel atau kale lain. 

Paling penting takyah la lawa lawa sgt sb haritu orang nak tgk aku bukan korang :p 

hahaha ampunn ampunn :p

Jadi kepada kengkawan yg mengenali dan sudi nak dtg rumah tu, jemput datang 1 february 2014 nanti. Buat kecil kecilan saje. Harap sudi la datang ye . Tak datang pun xpe, aku faham ;)

Entry kali ni pasal ni je la kot. haha. 

Doakan majlis pertunangan kami berjalan lancar dan diberkati. Aminn ;)

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.