Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
DiARi KECiL HiDAYAH MOHKTAR

Saturday, March 2, 2013

bila jari menari .



Ya ALLAH , masa terlalu cepat berlalu . mcm2 benda dah jd . kehilangan , kecewa , gembira , bahgia dan kekosongan . hari hari yg berlalu , seolah olah mengubat segala perkara . malahan meragut pelbagai gembira .
kadang kadang bahgia yg dtg sekadar hanya untuk membuat hidup lebih bersemangat , tetapi hakikatnya hanya utk menutup segala kedukaan yg akan berlaku seterusnya . bukan menolak takdir , cuma hati terlalu kecewa untuk menghadapi kedukaan .  mungkin kesusahan sekarang adalah kunci untuk hadapi masa hadapan yg indah . tetapi sejauh mana kita mampu menghadapai kedukaan yg menggunung demi untuk menempuh hari esok ? hati seolah tahu apa yg bakal terjadi tetapi hati seolah olah menafikan kerisauan yg ada , menggantikan dgn sejuta senyuman indah di bibir . 

hipokritkah bila terlalu tersenyum padahal hati menangis , berdarah dan teruk lukanya ? pada mata kasar , nilailah aku dgn keburukan . kerana aku terima segala keburukan walaupun kadangkala aku menafi dgn sejuta kekerasan . sekiranya kebencian yg diberikan adalah satu cara utk kemarahan dilepaskan , aku redha . aku masih akan selalu tersenyum . tak mungkin aku pamerkan kesedihan di hadapan semua . tp mungkin , aku manusia biasa yg kadang kala rapuh dlm segala . mungkin air mata tidak akan dapat di tahan lg dihadapan sesetengah orang . maafkan aku . 

tak pula aku kata kan bahwa aku terlalu bersedih dgn kisah kisah yg telah berlaku . cuma ada sedikit pedih apabila aku cuba ingat segala yg berlaku . tiada siapa pun akan rasa selagi mereka tidak menjadi aku . jgn pernah menilai sekiranya kalian tidak pernah sekali merasa sakitnya hati , gembiranya aku dan segala pahit manis yg ada . mesti ada anggapan yg berbisik , 'mcm dia seorang yg susah' . maafkan aku . coretan ini asalnya dr hati , yg tiba tiba membuatkan jari menari nari utk menceritakan isi didalam nya . 

dan jari masih lagi terus menari . dgn megah menaip segala isi hati yg sedih menangis tanpa aku tahu sebabnya .   tiba tiba , petang ini hati seolah olah terasa kosong dan ingin mencurah apa yg terbuku . aku sayangkan semua . semua nya . otak mula berfikir yg bukan bukan . hati pula merelakan . 

seolah olah ada segunung rindu , tp tidak di kesan siapa pemilik rindu itu . seolah olah ada sejuta kerisauan . tanpa aku kesan mana dtg nya. nafas terus dihembus , melepaskan segala keluhan .

jari berhenti menari , tidak mampu lagi meluah rasa hati yg tiada penghujungnya . 

0 comments:

Post a Comment

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.